Thursday, October 30, 2008
ZIARAH SEKITAR MADINAH
MEKAH ZIARAH
suasana diluar Masjidil Haram..ramai jemaah dari negara asing suka lepak dan solat kat sini
Depan salah satu pintu Masjidil HaramMEKAH-KAABAH
Kaabah waktu nak tunggu zohor..panas betul masa ni..tapi ramai juga yang masih tawaf sunat..lepas zohor nilah satu peristiwa yang tak dapat saya lupa..seorang jemaah haji dari Pakistan rebah dan meninggal depan saya sebaik saja memberi salam..ajal maut datang bila-bila masa..insaf sungguh..tak tahulah macammana pula kita semua akan meninggal..Wednesday, October 29, 2008
HAJI 2 2007 ARAFAH
kat bawah khemah masa wukuf di Arafah..baru lepas subuh..rihat kejap sebb masa wukuf (gelincir matahari)..rugi jika tidur atau makan2 (ujian memang hebat disini)..masa nilah diibaratkan Allah akan turun sangat hampir dengan kita sambil berbangga melihat tetamunya yang dalam kedaaan tidak terurus beribadat dan memohon ampun dari nya.
semasa wukuf terbayang kembali dosa-dosa yang pernah kita lakukan sengaja atau tidak sengaja..penyesalan demi penyesalan..rasa bimbang jika Allah tidak ampunkan dosa kita..tapi masih tidak berputus asa untuk mendapat rahmat dan kasih sayangnya..HAJI 2007 - MADINAH


AMBIL GAMBAR GUNA HPHONE JE NI..SURUH MAT2 ARAB YANG AMBILKAN..IF BAWA CAMERA..TAKUT KENA RAMPAS..TAPI MEMANG CANTIKLAH KAT MADINAH NI..MACAM RASULULLAH BERSABDA...MADINAH ADALAH BANDAR BERCAHAYA..MASUK JE DALAM MASJID NABAWI AIR MATA TERUS TUMPAH..GEMBIRA DAN MALU BERCAMPUR BAUR..JADI TETAMU ALLAH DAN RASULULLAH..INSAN YANG BANYAK DOSA NI.
Wednesday, October 15, 2008
MODEL PARIS
PERKAHWINAN FATAH
Subscribe to:
Comments (Atom)














